Pertembungan Tercetus Antara Rejim Zionis dan Penunjuk Perasaan di Gunung Orma

Khamis, 05-03-2020 – Pertembungan yang ganas telah tercetus pada hari Isnin antara rejim Zionis dengan warga Palestin yang berarak di Gunung Al-Orma di Nablus untuk mempertahankannya daripada dirampas oleh peneroka haram.

Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa kumpulan peneroka Israel yang dikawal oleh tentera Zionis menyerang Gunung al-Orma dan menyerang penunjuk perasaan Palestin.

Rejim Zionis melancarkan gas pemedih mata dan bom tangan ke arah penunjuk perasaan warga Palestin. Sejumlah mereka mengalami sesak bernafas dan telah dirawat di tempat kejadian.

Penduduk Palestin di Nablus, terutama di bandar Beita, telah berkali-kali menggagalkan percubaan-percubaan yang dilakukan oleh peneroka haram Israel untuk mengambil alih Gunung al-Orma untuk membina pusat-pusat mukim baharu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul
& nurul