Persidangan Musim Gugur Akan Gagal ?

src="http://www.palestine-info.co.uk/en/DataFiles%5CCache%5CTempImgs%5C2007%5C2

%5Cimages_News_2007_10_24_haneyya-press11_300_0.jpg" align="left" width="110"

height="100">
Khamis, 25/10/07 -Ismail Haneyya, Perdana Menteri kerajaan sementara Palestin telah menyatakan peningkatan penyeksaan Israel terhadap tahanan-tahanan pemimpin penentang Palestin merupakan satu permulaan bagi persidangan musim gugur yang bermatlamatkan untuk menjatuhkan asas-asas dan ketetapan Palestin.

“Persidangan musim gugur bertujuan untuk mencipta satu ruang yang luas bagi menormalkan hubungan antara negara-negara Arab dan Israel,” ujar Haneyya pada sidang media selepas menghadiri satu majlis takziah yang diadakan oleh Pergerakan Jihad Islam untuk Mohamed Al-Ashqar, iaitu tahanan yang dibunuh oleh pengawal Israel di penjara Negev.

Perdana Menteri itu juga menyatakan bahawa beliau percaya persidangan musim gugur tidak akan mencapai ada apa-apa kerana ia termasuk dalam konteks memasarkan satu ilusi politik untuk rakyat Palestin.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Palestin Mushir Al-Masri juga selaku Setiausaha Agung Hamas telah mengubah dan menyusun semula blok parlimen dan mengesahkan bahawa Hamas komited terhadap isu tahanan-tahanan Palestin dan akan menggunakan segala cara untuk membebaskan mereka semua tanpa diskriminasi dan tanpa penyelarasan keselamatan atau mesyuarat-mesyuarat dengan pihak Israel.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.