Tentera rejim Israel tahan warga Palestin, geledah rumah dalam serbuan di Tebing Barat.

Jumaat, 06-03-2020 – Tentera rejim zionis Israel bertindak memecah masuk beberapa buah rumah di Tebing Barat dan menahan sejumlah warga Palestin serta mencuri wang mereka.

Sumber tempatan berkata bahawa tentera rejim telah menahan 12 tahanan Palestin termasuk bekas tahanan dan pegawai Hamas dari rumah mereka sekitar Ramallah, Nablus, Tulkarem, Baitulmaqdis dan al-Khalil.

Menurut sumber itu lagi, anggota tentera rejim mencuri wang yang dianggarkan berjumlah 50,000 NIS (Mata Wang Israel) daripada lima buah rumah milik bekas tahanan di Nablus dan Salfit.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin