Rejim Zionis menculik 12 orang rakyat Palestin di perhimpunan aman.


Selasa, 30/10/07 – Subuh semalam (29/10/2007) , askar rejim Zionis telah menculik 12 orang rakyat Palestin dari 2 buah kampung di utara bandar Ramallah hanya kerana menyertai satu rali tunjuk perasaan berikutan tanah mereka dirampas.

Sumber tempatan berkata, kempen menculik ini dilakukan di kampung Mazra’a Gharbia dan Abu Shkheidem. Pengerusi bandaraya dan ahlinya turut ditangkap.

Rejim Zionis menangkap mereka atas tuduhan menyertai demonstrasi kerana tanah mereka di rampas bagi meluaskan penempatan Yahudi.

Saksi berkata, penunjuk perasaan menuju ke arah tanah mereka dan menghapuskan tanaman yang ditanan oleh pihak rejim.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.