Hamas gesa UNRWA laksanakan tugas pada pelarian Palestin.

Rabu, 01-04-2020 – Pejabat Hal Ehwal Pelarian, Pergerakan Hamas di Lubnan meminta UNRWA supaya menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka kepada pelarian Palestin tanpa berat sebelah terutamanya ketika penularan pandemik wabak coronavirus.

“Jika dilihat pada kemampuan dan kenyataan rasmi pegawainya yang semakin mengecewakan,  adalah jelas bahawa keupayaan mereka sangat terbatas, hanya pada beberapa langkah yang tiada peningkatan berbanding tahap krisis yang ada,” demikian kata pejabat pertubuhan itu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.

Tambah pejabat itu lagi, “Juga diketahui umum bahawa agensi PBB itu akan hanya mengedarkan¬† bantuan kepada golongan tertentu, dalam jumlah yang tidak mencukupi dan tidak memenuhi keperluan mereka yang terjejas yang merupakan kelompok terbesar masyarakat kami.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin