Israel pula sedang memeras 1.4 juta orang awam di Semenanjung Gaza.


Selasa, 30/10/07 – Sementara dunia bersikap acuh tak acuh, Israel pula sedang memeras 1.4 juta orang awam di Semenanjung Gaza.

Pada Hari Ahad, Okt. 28 lalu, tentera Israel telah mengurangkan lebih daripada 20% bekalan bahan api untuk Gaza. Lebih pengurangan akan dilaksanakan beberapa hari dan minggu akan datang, menurut pegawai-pegawai Israel.

Minggu lalu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mengarahkan pemotongan bahan api dan bekalan elektrik secara beransur-ansur di Semenanjung Gaza, kononnya sebagai persediaan untuk melakukan serangan besar ke wilayah tersebut. Mengikut pengalaman lepas, ratusan rakyat Palestin yang kebanyakannya tidak bersalah dijangka akan terbunuh dan tercedera dalam serangan besar seperti itu.

Barak yang merupakan penjenayah perang semasa menjadi Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan beratus-beratus orang awam Palestin termasuk kanak-kanak pada tahun 2000 dan 2001 berikutan serangan bertali arus menggunakan roket buatan sendiri dari Gaza ke penempatan-penempatan Yahudi yang berdekatan, sebagai suatu alasan untuknya memanjangkan kempen pembunuhan dan keganasan pada wilayah itu.

Barak juga ingin menggunakan lagi gelombang pertumpahan darah dan keganasan di Gaza untuk meningkatkan populariti dan kedudukannya di hadapan orang ramai untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum di Israel.