Antarabangsa menolak langkah-langkah Israel terhadap Gaza.


Rabu, 31/10/07 – GAZA, (PIC)– Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon Selasa lalu telah mengecam langkah-langkah terbaru Israel yang kejam di Semenanjung Gaza dan menggambarkannya sebagai “tidak boleh diterima” dan menambahkan lagi penderitaan penduduk Gaza.

Eksekutif Kanan PBB menyeru pemimpin Israel supaya menimbang semula pengepungan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza dan meminta semua pihak yang prihatin untuk melindungi orang awam Palestin.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Hubungan Luar EU, Benita Ferrero-Waldner mengutuk langkah-langkah yang menjejaskan keperluan asas rakyat Palestin dan memberi amaran berikutan hukuman besar-besaran yang dikenakan terhadap Gaza.

Beliau menyatakan hukuman-hukuman baru itu akan mendorong “akibat-akibat yang serius” kepada penduduk setempat.

Satu kenyataan Kementerian Luar Rusia berkata bahawa sekatan dan hukuman-hukuman tersebut akan menjejaskan keperluan asas penduduk.

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mengecam hukuman besar-besaran Israel dan mengakibat kesan yang serius terhadap kemanusiaan dan bidang kesihatan.

Pendakwa Raya Israel, Mini Mazuz telah menolak keputusan kerajaannya untuk memotong bekalan kuasa terhadap Gaza tetapi meluluskan sekatan ekonomi yang lain.

Sumber-sumber rasmi Palestin menyatakan bahan api yang digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik di stesen Gaza telah dikurangkan oleh Israel awal Ahad lepas termasuk minyak diesel dan benzena daripada suku hingga setengah peratus daripada kuantiti biasa.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.