3 Kes Baru Positif COVID-19 Di Tebing Barat, Keseluruhan 237 Kes Di Palestin

Selasa, 07-04-2020 РJurucakap pemerintah Palestin, Ibrahim Mulham melaporkan  3 suspek baru kes corona di dua bandar Badwi dan Sair yang menjadikan jumlah keseluruhan positif corona di Palestin menjadi 237 kes.

Dalam kenyataan akhbar, Isnin (6/4) pagi, jurucakap menyatakan, ketiga-tiga kes suspek corona iaitu seorang ibu berusia lingkungan 50 tahun dari kota Sair dan dua orang kanak-kanak yang berinteraksi dengan kedua orang tuanya di kawasan Badwi, Al-Quds yang sedang berada dalam tempoh kuarantin  di hotel Karmal, Ramallah.

Sehari sebelumnya, jurucakap melaporkan 6 kes baru virus corona di Tebing Barat, sehingga jumlah keseluruhan positif COVID- 19 mencapai 234 kes. Ibrahim Mulham mengatakan, kes COVID-19 tercatat di Beitunia, termasuk 4 orang kanak-kanak.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman