Ada yang cedera selepas pendatang Yahudi serang warga Palestin di al-Khalil.

Jumaat, 10-04-2020 – Sejumlah warga Palestin dilaporkan cedera selepas pendatang haram Yahudi yang mendapat perlindungan tentera rejim Israel menyerang mereka. Kejadian berlaku berdekatan bandar al- Shuyoukh, timur laut bandar al-Khalil, Tebing Barat.

Kata sumber tempatan, pertempuran ganas antara warga Palestin dengan pendatang haram itu berlaku di atas tanah milik penduduk  Palestin dekat bandar al-Shuyoukh.

Tentera dengan dibantu unit Anjing pasukan polis rejim kemudian datang bagi memberi pelindungan kepada pendatang dan menembak gas pemedih mata serta bom pemengsan ke arah warga Palestin. Sebilangan dari mereka mengalami sesak nafas dan terpaksa dirawat di situ juga.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin