Polis Rejim Zionis Serang Kediaman Penganut Kristian Palestin di Baitulmaqdis

Rabu, 22-04-2020 – Polis rejim Zionis pada hari Ahad lalu telah menceroboh beberapa kediaman penganut Kristian Palestin di Baitulmaqdis dan mendenda mereka dengan alasan mereka meraikan upacara Api Suci pada hari Sabtu.

Ketua Persatuan Ortodoks Arab di Baitulmaqdis Mousa Jarjou’i mengatakan bahawa polis Israel menyerbu kediaman sejumlah pemuda Palestin dan mendenda setiap seorang 5,000 NIS kerana didakwa mengambil bahagian dalam perarakan Api Suci.

Jarjou’i mengatakan semua langkah keselamatan yang diperlukan telah diambil sepanjang perayaan tersebut, yang diadakan dalam keadaan terhad, dan menekankan bahawa polis Israel mengambil kesempatan di atas krisis koronavirus untuk memperketatkan cengkaman mereka ke atas masyarakat Kristian di Baitulmaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul