Wanita Palestin cedera dalam serangan Rejim Israel


Rabu, 14/11/07 – GAZA, (PIC)– Seorang wanita Palestin berumur 45 tahun tercedera dalam satu serangan Rejim Israel di pusat timuran Gaza Strip bandar Deir Al-Balah tengah hari Selasa lalu, menurut laporan sumber perubatan. Mereka berkata Aisha Hassan mengalami cedera ringan di tangannya berikutan askar-askar Rejim Israel melepaskan tembakan rambang semasa mereka melakukan serbuan. Saksi-saksi berkata sejumlah kenderaan-kenderaan Rejim Israel telah dilihat menuju ke kampung Wadi al-Salaqa dan menembak secara rambang. Saksi-saksi juga berkata Aisha sedang bekerja bersama wanita lain semasa dia ditembak.

Dalam satu kejadian lain, petani Palestin bernama Osama Nasser, 32 mengalami kecederaan parah apabila satu objek yang tidak dapat dikenalpasti meletup berdekatan dengannya Selasa lalu di timur kem pelarian Breij di tengah Gaza. Sumber perubatan memaklumkan Nasser perlu menjalani pembedahan segera untuk menyelamatkan nyawanya. Penduduk tempatan berkata serangan askar-askar Rejim Israel di kawasan yang sama menunjukkan yang mereka mungkin meninggalkan bahan letupan atau periuk api yang boleh meletup dikalangan penduduk yang lain.

Di Tulkarm, Tebing Barat, askar-askar Rejim Israel menculik tiga kader Hamas tidak lama selepas itu pasukan keselamatan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas membebaskan mereka Isnin lalu. Sumber tempatan berkata mereka yang diculik itu pernah diseksa dengan teruk bilik kurungan bawah tanah pasukan Keselamatan itu dan penculikan terbaru mereka di tangan askar-askar Rejim Israel menunjukkan wujud penyelarasan antara kedua-dua pihak.