Facebook Padam Akaun Aktivis dan Wartawan Palestin

Jumaat, 08-05-2020 – Facebook pada petang Isnin lalu telah memadam puluhan akaun yang dikendalikan oleh aktivis dan wartawan Palestin tanpa pemberitahuan awal.

Beberapa akaun dipadamkan tanpa alasan dan pengguna lain diberitahu bahawa akaun-akaun tersebut telah “melanggar polisi laman”.

Pusat Sosial Sada pada hari Selasa lalu memberitahu bahawa ia telah menerima puluhan laporan dari pengguna-pengguna Facebook Palestin bahawa akaun mereka telah dihapus secara sewenang-wenang.

Pusat Sosial Sada mengatakan akaun yang dipadamkan adalah akaun aktivis dan wartawan Palestin yang menggunakan laman sosial tersebut untuk menyiarkan berita harian.

Pusat berkenaan sedang membuat senarai akaun yang telah dipadamkan untuk menghubungi pentadbiran Facebook supaya menghidupkan kembali akaun-akaun tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul