Rejim Zionis serbu bandar Baitulmuqaddis, menculik seorang warga emas

Jumaat, 08-05-2020 – Tentera rejim Israel (IOF) pada Isnin menyerbu bandar al-Isawiya dan Kafr Aqab di Baitulmuqaddis dan menculik seorang lelaki warga emas dari kediamannya.

Sumber tempatan menyatakan IOF menahan Haj Awni Atiya setelah memecah masuk kediamannya dan mencetuskan kekacauan di al-Isawiya.

Manakala, IOF turut menyerbu bandar berdekatan Kafr Aqab, dan menyerang warga Palestin dengan gas pemedih mata dan bom tangan. Sejumlah warga Palestin menderita kesukaran bernafas dan dirawat di lapangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati