Hamas Seru Tindakan Nasional Bersama Menentang Rancangan Penambahan Israel

Rabu, 13-05-2020 –¬†Gerakan Hamas menggesa untuk diadakan suatu tindakan bersama di peringkat nasional untuk menghadapi projek penambahan pihak Israel di tanah terjajah di Tebing Barat. ¬†

“Projek penambahan di Tebing Barat adalah rancangan Yahudi paling berbahaya yang menyasarkan tanah Palestin, dan ini merupakan perampasan 38 peratus Tebing Barat,” kata jurucakap Hamas Abdul-Latif Qanua.

Qanua menambah bahawa Israel akan memberikan dirinya “pengesahan palsu di atas lebih dari 70 peratus daripada kawasan penempatan tersebut.”

Jurucakap itu meminta Pihak Berkuasa Palestin untuk memberi tindak balas kepada projek penambahan berkenaan dan menarik balik perjanjian Oslo yang telah dimeterai dengan negara penjajah tersebut serta memberikan pihak penentang Palestin kebebasan untuk mempertahankan rakyat dan tanah air mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul