Pegawai Israel Berpakaian Preman Culik 13 Belia Baitulmaqdis

Khamis, 14-05-2020 РPetang Isnin lalu, ejen Israel yang sedang menyamar telah menculik 13 belia dan remaja bawah umur dari Baitulmuqaddis dari Plaza Ein al-Fawqa di daerah Silwan, di timur kota suci yang dijajah.

Saksi mengatakan bahawa pegawai yang berpakaian biasa telah memukul belia dan remaja berkenaan dengan ganas, serta telah menarik dan memasukkan mereka ke dalam kenderaan polis.

Tambah mereka, pegawai polis telah membawa para tahanan ke pusat tahanan al-Moskobiya di Baitulmaqdis barat untuk disoal siasat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul