Kekejaman Israel Menjelang Pertemuan Annapolis, 9 Syahid.


Isnin, 26/11/07 – Gaza: Jumlah mereka yang syahid akibat kekejaman Israel menjelang pertemuan Annapolis semakin meningkat. Sehingga kini, sembilan orang pejuang gugur syahid sejak Sabtu (24/11) dan Ahad (25/11).

Tujuh orang mangsa dilaporkan berasal dari Semenanjung Gaza dan dua orang berasal dari Tebing Barat. Tiga orang yang meninggal adalah akibat kebiadaban embargo di sempadan Gaza yang sudah memasuki hari yang ke-170 dan selebihnya adalah akibat tembakan peluru Israel.

Keganasan Zionis ini berlaku menjelang pertemuan Annapolis di Amerika yang akan dihadiri oleh Kumpulan Oslo Palestin dan beberapa negara Arab. Dijangkakan pertemuan ini akan berlangsung pada hari Selasa, 27 November 2007 di Annapolis Amerika, atas usaha George W. Bush.

Semalam, (Ahad, 25/11) Israel telah membunuh salah seorang aktivis pejuang di kem pelarian Thulkarem.

Sebelumnya, pihak perubatan Palestin mengumumkan kematian dua mujahid di kem pelarian Al-Maghazi. Kedua-duanya berasal dari Brigade Al-Quds dan Nahser Shalahuddin.