Rejim Zionis merobohkan struktur, rumah yang sedang dibina di kampung Tebing Barat

Isnin, 18-05-2020 – Rejim Zionis (IOF) telah merobohkan beberapa struktur pertanian dan sebuah rumah yang sedang dibina di kampung Fasayil, di utara bandar Jericho, Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, jentolak Israel yang dikawal oleh tentera telah menyerbu kampung Fasayil dan mula memusnahkan struktur yang digunakan untuk tujuan pertanian milik seorang penduduk tempatan bernama Suleiman Sawarka.

Jentolak itu juga digunakan untuk merosakkan asas sebuah rumah milik warganegara lain yang bernama Mahmoud al-Kaabneh, yang baru menerima seminggu notis ketenteraan yang memerintahkannya untuk berhenti membina rumah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul