Israel akan merampas hartanah dekat Masjid Ibrahimi untuk projek pendatang

Isnin, 18-05-2020 – Penyelaras aktiviti kerajaan rejim Israel di Tebing Barat telah mengeluarkan arahan untuk merampas tanah dan hartanah warga Palestin dekat Masjid Ibrahimi di kota lama al-Khalil untuk melaksanakan projek bagi pendatang Yahudi.

Projek ini merangkumi pembinaan jalan khas dengan kawasan parkir, rehat dan laluan-laluan menghala ke masjid serta pemasangan lif di hujung laluan untuk membawa para pendatang Yahudi ke kota suci.Langkah ini diambil atas arahan menteri perang Israel Naftali Bennett, yang pada awal bulan lepas memberikan kelulusan muktamad untuk merampas tanah dan hartanah Palestin di kota lama al-Khalil bagi membina jalan dan lif untuk memudahkan kemasukan pendatang Yahudi ke Masjid Ibrahimi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati