Hamas : Kami berhak pertahankan diri sendiri

Isnin, 18-05-2020 – Gerakan Hamas memperbaharui ketegori penolakan terhadap semua projek yang bertujuan merosakkan hak-hak rakyat Palestin dan membubarkan tujuan nasional mereka dengan menegaskan bahawa kesepakatan seabad AS dan Israel kerana rancangan tersebut adalah berasaskan pengukuhan Isarel.

Dalam pernyataan mengenai ulang tahun ke-72 Nakba Palestin (bencana), Hamas menekankan hak rakyat Palestin bagi menentang penjajahan Israel dengan segala cara, termasuk perlawanan bersenjata sebaggai pilihan strategik untuk mempertahankan diri mereka dan mengembalikan hak yang dirampas.

Hamas juga mengulangi kepatuhannya pada pilihan perpaduan nasional sebagai landasan untuk memperkuatkan barisan pertahanan hadapan dalam menghadapi penjajahan dan plotnya.
“Hamas menghormati perpaduan nasional dan untuk kepentingannya, ia telah membuat banyak konsesi dan menunjukkan banyak fleksibiliti,” kata gerakan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi