Ratusan artis, penulis menggesa hentikan sekatan ke atas Gaza

Selasa, 19-05-2020 – Lebih daripada 250 artis dan penulis dari seluruh dunia termasuk tokoh terkenal menggesa Israel untuk menghentikan sekatan ke atas Semenanjung Gaza yang sememangnya sudah serba kekurangan, memberi amaran yang epidemik coronavirus akan memberikan kesan yang terus terhadap penjara terbuka paling besar di dunia itu.

“Lama sebelum wabak global COVID-19 mengancam situasi penjagaan kesihatan yang sudah sedia teruk di Gaza, PBB telah menjangkakan Gaza tidak sesuai untuk didiami pada tahun 202,” mereka menyatakan dalam surat atas talian.“Dengan adanya pandemik ini, penduduk Gaza yang berjumlah hampir dua juta, terutamanya pelarian akan menghadapi ancaman kematian dalam penjara terbuka itu.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati