Zahar Seru Masyarakat Islam Bersatu Menentang Projek Pembubaran

Jumaat, 22-05-2020 – Umat Islam harus bersatu untuk menangani dan menyekat apa-apa rancangan untuk menggagalkan perjuangan Palestin, kata Dr Mahmoud al-Zahhar, pemimpin Hamas dan ketua blok parlimennya, pada hari Rabu lepas.

Zahhar, ketika berbicara di sebuah webinar yang dianjurkan untuk professor-profesor universiti, mengatakan bahawa orang Arab dan Muslim harus mengembalikan peranan mereka dalam perjuangan Palestin dan harus bersatu dalam menghadapi pelan pembubaran yang dipimpin oleh AS, yang digambarkannya sebagai tunggak dasar utama mereka.

Beliau menyeru orang Arab, Muslim serta seluruh masyarakat antarabangsa untuk berusaha ke arah pembebasan Palestin dan mengakhiri penindasan yang menimpa rakyat, tanah, dan tempat-tempat suci Palestin.

Ahli Parlimen Palestin berkenaan mengatakan bahawa rakyat Palestin telah berjuang menentang penjajahan sejak tahun 1948. Beliau menggesa semua pihak untuk melobi pembebasan tahanan Palestin, terutama wanita, kanak-kanak dan orang sakit, yang kini dalam bahaya besar dijangkiti Coronavirus di penjara-penjara Israel kerana tindakan sewenang-wenang yang diambil terhadap mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul