
Jumaat, 22-05-2020 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah, menyeru strategi komprehensif untuk menghadapi ancaman Zionis, dengan berlandaskan projek perlawanan yang komprehensif.
Hal tersebut disampaikan Haniyah dalam ucapan yang disiarkan televisyen pada peringatan Hari Al-Quds Antarabangsa. Beliau mengatakan, “Hari ini kita menghadapi bahaya besar dan komprehensif. Kita percaya bahawa, sebagai umat Islam, memerlukan strategi danĀ rancangan komprehensif untuk menghadapi bahaya yang mengancam isu kita dan tempat-tempat suci kita ini.”
Beliau menjelaskan bahawa inti dari strategi ini adalah projek perlawanan komprehensif, terutamanya perlawanan bersenjata. Beliau mengharapkan semua komponen bangsa menyokong pejuanganĀ dan mendukung perlawanan di tanah Palestin.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman