Gaza Laporkan 29 Kes Baharu COVID-19

Isnin, 01-06-2020 – Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza pada hari Khamis lalu telah mengumumkan bahawa 29 kes COVID-19 baharu telah dikesan di kawasan berkenaan, menjadikan jumlah keseluruhan kes menjadi 49.

Yousef Abu al-Rish, timbalan menteri kesihatan Gaza, mengatakan dalam sidang media bahawa 29 jangkitan dilaporkan di kalangan warga Palestin yang baru-baru ini kembali dari Mesir melalui persimpangan Rafah dan mereka disahkan positif ketika berada di kuarantin.

Abu al-Rish mengatakan bahawa pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat jika pesakit yang dijangkiti itu telah berhubung dengan orang lain di Gaza.

Adalah dilaporkan bahawa perintah berkurung mungkin diumumkan di Semenanjung Gaza di sepanjang tempoh percutian tiga hari Aidil Fitri yang dijangka bermula pada hari Ahad ini.

Ahli Parlimen Gaza dan pegawai Hamas, Khalil al-Hayya dalam beberapa kenyataan media telah mengatakan bahawa Hamas telah memutuskan untuk menutup sepenuhnya penyeberangan sempadan kepada mereka yang kembali ke Semenanjung Gaza melalui Rafah atau Erez mulai Sabtu depan hingga akhir bulan Jun.

Al-Hayya menekankan perlunya memperketakan langkah keselamatan di tempat-tempat kemudahan awam Gaza dan menyeru semua warga agar mengelakkan sebarang perjumpaan sosial dan mematuhi arahan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan untuk memerangi penyebaran coronavirus (COVID-19).

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul