Lima Kes Baru COVID-19 Dilaporkan di Gaza

Khamis, 04-06-2020 – Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza pada hari Rabu lalu mengumumkan bahawa lima kes COVID-19 (coronavirus) telah dikesan di kawasan berkenaan.

Kementerian Kesihatan mengatakan dalam satu kenyataan ringkas bahawa lima orang warga Palestin, yang baru-baru ini kembali ke Semenanjung Gaza dari luar negara dan masih berada dalam kuarantin, diuji positif untuk COVID-19.

Jumlah kes COVID-19 di Gaza telah meningkat kepada 66 sejak Mac lalu. Menurut Kementerian Kesihatan, 18 kes telah pulih, sementara 47 pesakit masih menerima rawatan di pusat-pusat kuarantin.

Semenanjung Gaza telah mencatatkan satu kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan seorang wanita dalam lingkungan usia tujuh puluhan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul