Kempen Baru Zionis Robohkan Rumah Palestin di Ramallah

Khamis, 18-06-2020 – Rejim Zionis pada hari Isnin telah mmengeluarkan perintah untuk merobohkan beberapa rumah warga Palestin di kampung Beit Sira di daerah Ramallah, Tebing Barat.

Ahli majlis daerah Beit Sira Hamed Hamdan mengatakan bahawa rejim Zionis telah menyerbu kampung itu dan menyerahkan perintah perobohan beberapa rumah keluarga Palestin atas alasan kononya ia adalah “pembinaan tidak berlesen”.

Sementara itu, rejim Zionis telah merobohkan sebuah khemah yang digunakan sebagai kandang biri-biri oleh warga Palestin Abed al-Rahman Qasem di Lembah Jordan.

Pejuang hak asasi manusia Aref Daraghmeh mengatakan bahawa tentera Zionis, yang berada di kawasan berkenaan untuk latihan ketenteraan, telah merobohkan khemah Qasem tanpa sebarang amaran awal.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul