Amnesty: Tak Cukup Dengan Kritikan, Tel Aviv Perlu Diberi Hukuman

Isnin, 22-06-2020 – Amnesty Internasional mengutuk rancangan aneksasi Israel terhadap wilayah Tebing Barat terjajah.

Dalam pernyataan yang dikeluarkan melalui twitter, Amnesty meminta masyarakat iantarabangsa terutama PBB, untuk mengenakan hukuman kepada Israel atas pelanggaran terhadap rakyat Palestin bukan sekadar kritikan.

Menurut Amnesty, kritikan tanpa hukuman tidak dapat menamatkan kezaliman dan tidak boleh menghentikan Israel untuk mengelak hukuman.

Amnesty menyatakan beberapa sebab yang disampaikan para pemerhati di PBB bahawa aneksasi akan meningkatkan pelbagai pelanggaran terhadap Hak Asasi Manusia di Palestin.

Pada Selasa lalu, sejumlah pemerhati PBB dalam siaran yang disampaikan pengawas Hak Asasi Manusia, menyeru kepada masyarakat antarabangsa untuk menentang aneksasi Israel dan menganggap langkah tersebut sebagai pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman