Hamas puji pendirian pakar lantikkan PBB menolak rancangan perluasan wilayah.

Rabu, 24-06-2020 РPergerakan Hamas menyambut baik kenyataan berapa  pakar dari pertubuhan hak asasi manusia  bebas yang dilantik PBB berhubung rancangan perluasan wilayah pihak rejim Israel yang bakal dilaksanakan bermula seawal-awalnya bulan hadapan.

Kenyataan bersama terbaru melibatkan hampir 50 pakar hak asasi kemanusiaan – lantikan Majlis Hak Asasi Kemanusiaan PBB – telah menyeru masyarakat antarabangsa yang menentang hasrat rejim Israel membuat pengisytiharan perluasan wilayah di bahagian yang jelas terletak di Tebing Barat pada awal Julai

Pergerakan itu menyatakan penghargaan, melalui satu kenyataan yang dibuat oleh jurucakapnya Abdul Latif al-Qanu, keputusan sebulat suara pakar-pakar itu menentang  AS yang menyokong rancangan perluasan wilayah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin