Israel Sita Tanah Penduduk Di Betlhem Untuk Pembinaan Jalan Raya

Rabu, 24-06-2020 – Pasukan penjajah zionis, Ahad (21/6) mula membina jalan penempatan n di tanah Palestin yang mereka sita di Nahalin, Bethelem barat, Tebing Barat selatan.

Para aktivis di kota Nahalin melaporkan, pasukan Israel menyerbu kawasan dan melarang penduduk memasukinya, kemudian jentolak Israel mula meratakan tanah untuk membina jalan untuk menghubungkan penempatan Betar Elit yang mengandungi komuniti penempatan Ghosh Etsion, yang diduduki sekitar 4 ribu penduduk.

Wakil Datuk Bandar Nahalin, Hani Funun mengatakan, perluasan tersebut melibatkan  10 meter lebar dan sepanjang 2 kilometer, di tanah yang terletak di kawasan Ain Faris. Projek ini akan melibatkan memberi kesan kepada sekitar 3 hingga 4 ribu penduduk. Pemilik tanah akan sukar untuk pergi ke kawasan tanah mereka. 

Funun menyebutkan, kawasan Ain Faris sejak beberapa tahun menjadi sasaran serangan para penduduk Zionis Betar Elit, dengan menghalakan air limpah ke ladang-ladang pertanian yang menyebabkan kerusakan tanaman.

Beliau menambah bahawa para penduduk zionis memanfaatkan wabak Corona dengan menyita ratusan kawasan pertanian di kawasan Karkafiya dan Mishwanah di bahagian barat daya kota dan menanam dengan pokok-pokok liar.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman