Haneyya menelefon Mladenov, berbincang masalah penting dengannya

Isnin, 29-06-2020 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya telah bercakap melalui telefon dengan utusan khas PBB ke Timur Tengah, Nickolay Mladenov dan berbincang dengan beliau mengenai berbagai perkembangan yang berkaitan dengan perjuangan Palestin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Gerakan Hamas, Haneyya menjelaskan semasa perbualan telefon yang panjang dengan Mladenov mengenai bahaya yang masih wujud yang mengancam perjuangan rakyat Palestin dan hak-hak sah rakyat Palestin, terutama yang berkaitan dengan rancangan pengambil alihan Israel.

Pemimpin Hamas menekankan penentangan Gerakannya terhadap rancangan Isreal itu dan memuji kenyataan setiausaha Jeneral PBB, Antonio Guterres di mana dia menyuarakan penolakannya terhadap rancangan itu dan mengutuknya sebagai “pelanggaran paling serius terhadap undang-undang antarabangsa.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul