95% Tahanan Palestin Mengalami Penyeksaan Di Penjara Israel

Isnin, 29-06-2020 – Forum Tahanan Palestin dalam keterangan akhbarnya, Khamis (25/6) memaklumkan bahawa 95 % tahanan Palestin mengalami penyiksaan sejak awal ditahan di penjara Israel, bermula sesi soal siasat dan setelah dimasukan ke dalam sel penjara. Penjajah Israel menggunakan pelbagai cara untuk menyeksa mereka sama ada berbentuk penderaan fizikal mahu pun psikologi melalui sistem kekerasan yang komprehensif.

Memperingati hari sokongan antarabangsa kepada mangsa penyeksaan, yang dilaksanakan pada 26 Jun setiap tahun, Forum tawanan menjelaskan, penyeksaan yang dilakukan penjajah Israel terhadap para tahanan, tidak hanya kekerasan ketika ditangkap mahumpun ketika disoal siasat untuk mendapatkan pengakuan seperti yang lazim digunakan untuk mengancam mangsa, tetapi semua tindakan yang dilakukan oleh  Israel termasuk kategori penyeksaan.

Di antara cara yang kerap digunakan Israel kepada para tahanan termasuk isolasi dan penahanan dalam keadaan tidak wajar dari aspek kesihatan, tindakan represif terancang, termasuk pemindahan tahanan secara kasar dan pembunuhan secara lambat yang dilakukan kepada para tahanan. 

Menurut forum tahanan, proses soal siasat merupakan fasa terberat yang dialami para tahanan, dimana pihak penyoalsiasat menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan pengakuan dari mangsa, penyeksaan dilakukan secara fizikal dan psikologi, seperti dilarang tidur, sesi soal siasat berlangsung selama 20 jam, mengetatkan ikatan ketika disoal siasat yang menyebabkan tersumbatnya darah di bahagian pergelangan, menutup kepala tahanan menggunakan plastik kotor, ikat tangan di kerusi, memukul, memaki hamun dengan sengaja.

Cara lainnya mengancam menangkap anggota keluarga mangsa,ancaman penganiayaan seksual terhadap mangsa dan pelbagai cara lain yang tidak beperikemanusiaan dan menjijikkkan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman