Semua Pilihan Terbuka Untuk Menghadapi Pengilhakan

Isnin, 29-06-2020 – Anggota biro politik Hamas, Ezzat al-Resheq mengumumkan bahawa semua pilihan adalah terbuka untuk rakyat Palestin menghadapi dan menangani rancangan pengilhakan Israel, yang disifatkannya sebagai “pertembungan yang penting dalam konflik Palestin dengan penjajahan Israel.”

Dalam pernyataan yang disiarkan di televisyen baru-baru ini, Resheq menegaskan bahawa “rakyat Palestin tidak mempunyai pilihan selain berperang seperti itu untuk mengembalikan bola api balik kepada mereka yang telah melemparkannya.”

“Dengan rancangan pengilhakan di Tebing Barat, rejim Zionis itu telah melaksanakan apa yang telah dimulakan sejak dulu lagi ketika pertama kali menjejak tanah Palestin. Inilah realiti projek Zionis,” tegas pejabat Hamas.

“Entiti Zionis akan lenyap kerana didirikan untuk mencuri tanah [Palestin] dan harta karunnya, menzalimi rakyatnya, dan menghilangkan mercu tandanya. Pertubuhan seperti itu tidak akan bertahan dan akan hilang,” dia menyatakan kepercayaannya.

Pegawai Hamas berkenaan menekankan pentingnya memulihkan perpaduan nasional berdasarkan strategi tentangan dan pemalar nasional untuk menghadapi cabaran baru ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul