Rejim Zionis Robohkan 30 Bangunan Palestin di Baitulmaqdis

Rabu, 8-7-2020 – Pihak berkuasa Israel pada hari Isnin lalu telah mengeluarkan perintah untuk merobohkan 30 bangunan Palestin di perkampungan al-Isawiya di Baitulmaqdis yang Diduduki.

Aktivis Mohammed Abu al-Hommous mengatakan bahawa pada hari Isnin lalu pekerja-pekerja dari perbandaran Israel telah menyerbu al-Isawiya dan mengedarkan notis perobohan untuk 30 buah rumah dan pelbagai kemudahan.

Pekerja-pekerja Israel juga mengambil gambar bangunan yang terlibat. Sebahagian daripadanya adalah rumah yang berpenghuni manakala yang lain masih dalam pembinaan.

Selain sekatan pembinaan, penduduk Palestin di al-Isawiya akhir-akhir ini juga terpaksa menghadapi peningkatan kempen perobohan yang menyasarkan terutamanya rumah kediaman dan bangunan perniagaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul