Puluhan penceroboh Yahudi cemari masjid Aqsa.

Khamis, 09-07-2020 – Puluhan penceroboh Yahudi yang dipimpin oleh rabi sayap kanan Yehudah Glick pada pagi Isnin telah memasuki Masjid al-Aqsa dibawah perlindungan polis.

Penguatkuasa Awqaf Islam di Baitulmaqdis mengatakan bahawa 90 penceroboh Yahudi menyerbu Masjid al-Aqsa pada awal pagi dan berkeliaran di halaman masjid tersebut sambil menerima penerangan mengenai ‘Temple Mount’.

Pasukan polis Israel mengiringi para penceroboh Yahudi dalam lawatan di kawasan tersebut sambil mengenakan larangan ketat pagi para jemaah Palestin yang memasuki Masjid.

Penceroboh Israel telah melakukan pecah masuk ke masjid al-Aqsa pada hari Jumaat dan Sabtu dan mereka biasanya lakukan pusing sebanyak dua kali iaitu pada pagi dan tengahari.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi