Beberapa Orang Palestin Diculik oleh Rejim Zionis di Tebing Barat dan Baitulmaqdis

Khamis, 09-07-2020 – Rejim Zionis pada malam Isnin dan pada waktu subuh hari Selasa lalu telah menculik beberapa warga Palestin ketika beberapa kempen di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Menurut sumber tempatan di Tebing Barat, Rejim Zionis di pusat pemeriksaan Beit Furik telah menculik dua pemuda yang dikenali sebagai Qusay Shahada dan Mohamed Bahnajawi, kedua-duanya penduduk kem pelarian Balata dekat bandar Nablus.

Rejim Zionis juga telah menyerbu kampung Awarta di selatan Nablus dan menculik seorang pelajar universiti bernama Musaab Awwad setelah menggeledah kediamannya.

Di Tulkarem, rejim Zionis telah menculik tujuh warganegara semasa serbuan di kediaman di bandar utama dan bandar Anabta. Pertembungan dilaporkan berlaku di Anabta antara belia tempatan dan tentera Israel.

Lima warga lain telah ditahan semasa kempen Zionis di bandar Beit Rima, barat laut Ramallah.

Seorang guru bernama Mousa Zahran juga telah diculik dari rumahnya di bandar Deir Abu Masha’al, di barat Ramallah.

Di Qalqilya, rejim Zionis telah menculik tiga pemuda dari rumah mereka di bandar.

Rejim Zionis juga menyerbu kem pelarian al-Fawwar di selatan al-Khalil dan telah menyerbu beberapa rumah kediaman, tetapi tiada penangkapan yang dilaporkan.

Sementara itu, Rejim Zionis telah mendirikan pusat pemeriksaan sementara dan memintas kenderaan Palestin di jalan yang menuju ke bandar al-Khalil dan bandar-bandar Sa’ir dan Halhul.

Di Baitulmaqdis, seorang remaja yang dikenali sebagai Jihad Hashim diculik oleh pegawai polis berpakaian preman dari kejiranan Al Obeid di daerah Issawiya.

Rejim Zionis juga menyerbu kem pelarian Shu’afat di timur Baitulmaqdis, tetapi tiada penangkapan dilaporkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul