Tiga Tahanan Pentadbiran Mogok Lapar

Selasa, 14-7-2020 –  Tiga tahanan Palestin di penjara Israel melancarkan mogok lapar terbuka selama beberapa hari sebagai menunjukkan bantahan terhadap penahanan pentadbiran mereka yang dilakukan tanpa perbicaraan atau dakwaan.

Menurut pihak berkuasa Palestin untuk tahanan dan bekas banduan, tahanan yang paling lama bermogok lapar adalah Uday Shahada yang telah mogok lapar selama kira-kira 20 hari di penjara Ofer. Beliau berasal dari kem pelarian al-Deheisha.

Ia menambah bahawa tahanan lain adalah Fadi Ghunaimat, yang sudah bermogok lapar selama 19 hari di penjara Ofer, dan Mahmoud al-Saadi, mogok lapar selama 12 hari di penjara Hadarim. Kedua-dua mereka masing-masing berasal dari bandar Surif dan kem pelarian Jenin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul