Dua Pesakit Covid 19 Meninggal Dunia Di Hebron

Selasa, 14-07-2020 – Kementerian kesihatan Palestin, Ahad (12/7) memaklumkan bahawa 2 orang pesakit Covid 19 meninggal dunia di Hebron.

Kedua-dua yang meninggal dunia berusia 65 dan 71 tahun, berasal dari kota Hebron dan Bani Naim. Terkini jumlah keseluruhan yang meninggal dunia akibat Covid 19 di Palestin adalah 39 orang.

Pada Ahad pagi lalu, kementerian kesihatan Palestin di Ramallah menyatakan terdapat 349 kes positif terbaru dan 5 kes meninggal dunia akibat Covid 19 sepanjang 24 jam sebelumnya serta 408 kes sembuh.

Dalam keterangannya, kes positif Covid 19 mengikut wilayah adalah seperti berikut, Al-Quds 105 kes, Ramallah dan Birah 49 kes, Hebron 166 kes, Tulkarm 6 kes, Betleem 11 kes, dan Nablus 7 kes.

Sejak Covid 19 menyerang wilayah Palestin awal Mac lalu, semua aktiviti ditutup termasuk Masjid Aqsa dan baru sahaja dibuka kembali kepada umum pada akhir Jun.

Penjajah zionis Israel memanfaatkan wabak corona untuk mengambil urusan Masjid Aqsa dengan membenarkan para pendatang Yahudi untuk menyerbu masuk Al-Aqsa, pagi dan petang, untuk tujuan Yahudinisasi Al-Aqsa.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman