Erdogan menyalahkan sikap berdiam diri antarabangsa di atas meningkatnya kebiadaban Israel

Rabu, 15-07-2020 – Presiden Turki Recep Erdogan telah menekankan dia menyelar sekatan berterusan oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza dan tindakan haramnya di Palestin, serta menyalahkan masyarakat antarabangsa kerana tidak bertindak menghalang kebiadaban Israel yang semakin menjadi-jadi.

Dalam kenyataan akhbar pada Ahad, Erdogan berkata, tanah Palestin di bawah penjajahan Israel merupakan kawasan yang paling banyak mengalami ketidakadilan di dunia.

“Walau bagaimanapun, rakyat Palestin yang dibunuh dengan kejam oleh polis Israel telah diabaikan oleh media antarabangsa”, presiden Turki itu berkata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati