Pendatang Yahudi rosakkan berpuluh pokok Zaitun di al-Khalil.

Rabu, 15-07-2020 – Sekumpulan pelampau Yahudi bertindak ganas merosakkan pokok Zaitun milik penduduk Palestin berhampiran bandar Sa’ir, timur laut al-Khalil, Tebing Barat.

Sumber media di al-Khalil berkata, berpuluh pendatang Yahudi dari kawasan petempatan haram Kiryat Arba menebang dan memusnahkan kira-kira 700 pokok Zaitun yang berusia lebih 200 tahun di al-Uddeisa, selatan bandar Sa’ir.

Anggota tentera rejim Israel turut terlibat dengan memberi perlindungan kepada pendatang dan bertempur dengan penduduk tempatan yang datang untuk melindungi pokok Zaitun dari terus dirosakkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin