Israel rampas tanah, luaskan kawasan jajahan di Tebing Barat.

Jumaat, 17-07-2020 – Tentera penjajahan Israel pada hari Isnin lalu memberitahu seorang warga Palestin tentang keputusannya untuk memperluaskan tanah jajahan berdekatan persimpangan Za’atara di bahagian timur kampung Yasuf di Salfit.

Menurut sumber tempatan, seorang warganegara Palestin yang bernama Khalil Yassin memiliki sebahagian tanah berkeluasan 1.400 meter persegi yang akan disita oleh tentera Israel.

Pemilik tanah tersebut diberi masa selama 40 hari untuk mengemukakan bantahan terhadap keputusan ketenteraan tersebut.

Sementara itu, tentera Israel telah meratakan sejumlah besar tanah milik Palestin di kampung Kisan, timur Bethlehem bagi memperluaskan lagi penempatan haram Ibei Hanahal.

Ketua kampung tersebut, Ahmed Ghazal berkata, tentera Israel telah meratakan kawasan seluas 1 hektar dan memulakan pemasangan tiang elektrik di kawasan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanaf
i