Hayya: Tindakan Israel di Masjid Al-Aqsa Ibarat “Bermain Dengan Api”

Khamis, 23-07-2020 РAnggota biro politik Hamas, Khalil al-Hayya telah memberi amaran kepada rejim Zionis Israel bahawa tindakan mereka mengenakan fait accompli baru-baru ini adalah ibarat bermain dengan api.

“Menghampiri Baitulmaqdis dan Aqsa adalah seperti bermain dengan api, dan pihak penentang tidak akan berdiam diri,” kata Hayya semasa upacara yang diadakan pada hari Rabu di Gaza untuk meraikan pelajar sekolah menengah.

Pegawai Hamas tersebut juga menegaskan bahawa rakyat Palestin di Gaza akan tetap teguh di tanah air mereka untuk menentang sekatan dan mempertahankan keamanan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul