Israel Manfaatkan Corona untuk Menguasai Masjid Ibrahimi di Hebron

Isnin, 27-07-2020 – Anggota Dewan Legislatif Palestin dari kota Hebron, Syaikh Nayef Al-Rajoub, menegaskan bahawa penjajah Israel sedang memanfaatkan peluang untuk mencapai matlamat dan memperkuat cita-cita mereka.

Dalam sebuah pernyataan akhbar seperti dipetik oleh Freedom News, Rajoub menjelaskan bahawa penduduk penjajah Israel memanfaatkan kesibukan dunia yang sedang menghadapi pandemik Corona untuk memaksakan realiti baharu di Masjid Ibrahimi di Hebron, wilayah selatan Tebing Barat.

Rajoub menambah bahawa kejayaaj pendudukan penjajah Israel dalam memotong sebahagian dari Masjid Ibrahimi untuk dijadikan  kafetaria untuk penduduk pendatang Yahudi akan membuka pintu yang luas untuk menguasai seluruh masjid Ibrahimi. Beliau menyatakan bahawa setiap kejayaan penjajah Israel di Hebron akan membuka selera orang-orang Yahudi ke Masjid Al-Aqsa yang mereka sebut sebagai Temple Mount.

Rajoub memperingatkan dunia Arab dan Islam bahawa kurangnya perhatian dan ketidakpedulian mereka berkaitan kejahatan Israel terhadap masjid Brahimi akan membuat mereka menyesal kemudian hari.

Rajoub menyeru umat Islam untuk menyedari hari ini sebelum esok, bahawa Masjid Al-Aqsa dan Masjid Ibrahimi berada dalam bahaya nyata.

Perlu dicatat bahwa kumpulan penduduk pendatang Yahudi telah mendirikan kafetaria untuk mereka di halaman Masjid Ibrahimi minggu lalu. Mereka terus bekerja untuk merebut kawasan masjid sebagai bahagian dari proses Yahudinisasi.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman