Putera Zehar Syahid, Abbas dan Pemimpin Fatah Ucap Takziah.


Jumaat, 18/01/08 –Pemimpin Tertinggi Gerakan Hamas, Dr. Mahmud Zehar terus mendapat ucapan takziah yang tidak putus-putus melalui telefon atas gugurnya putera beliau Husam
(22), komadan tentera Brigade al Qassam, sayap militan gerakan Hamas. Ucapan takziah turut disampaikan oleh Presiden Abbas dan para pemimpin tertinggi gerakan Fatah.

Rabu (16/01) malam, Presiden Abbas menelefon Dr. Mahmud Zehar mengucapkan takziah atas gugurnya putera beliau, Husam, dalam serangan militan Zionis Israel di timur Gaza. Ini adalah hubungan pertama secara rasmi antara kedua belah pihak sejak
pertengahan tahun lalu.

Jurucakap gerakan Hamas, Fauzi Barhum menegaskan Presiden Abbas telah mengirim
utusan yang dipimpin Dr. Kamal Syarafi untuk menyampaikan takziah kepada Zehar, sebelum menghubungi terus Zehar melalui telefon. Barhum menyatakan pihaknya menghargai inisiatif dari presiden ini dan menegaskan bahawa titisan darah Palestin perlu menjadi kesempatan untuk menyatukan sof Palestin, bersatu tenaga menghadapi tentangan dan serangan Zionis Israel.

Barhum menyeru agar memanfaatkan semua usaha demi memperkuat institusi politik Palestin untuk keluar dari krisis dalaman dan menyatukan semua usaha untuk membela bangsa Palestin dan menghadapi seluruh tentangan serta menjaga hak-hak dan prinsip-prinsip Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.