PRC : Rejim Zionis Tidak Akan Selamat.


Jumaat, 18/01/08 –
Sebuah pesawat peninjauan Israel telah membunuh seorang komander Barisan Pembebasan Popular Palestin (PRC) dan isterinya di bandar Biet Lahia, utara Semenanjung Gaza pada Khamis lalu dan menambah lagi bilangan rakyat Palestin yang dibunuh oleh rejim Zionis kepada 26 orang dalam tempoh 48 jam, menurut sumber penduduk tempatan Palestin.

Sumber perubatan di Hospital Kamal Odwan telah mengenalpasti dua orang mangsa itu sebagai Raed Shahda Abu Al-Foul, 43, dan isterinya Amena Abu Al-Foul serta menambah adalah sukar mengenalpasti dua orang mangsa tubuh mereka telah hancur.

Wartawan PIC di bandar tersebut mengesahkan bahawa sebuah pesawat peninjauan Israel yang didapati berlegar-legar di kawasan itu telah melepaskan satu tembakan ke arah kereta pasangan tebabit ketika memandu sepanjang jalan utama bandar itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dengan salinan telah diperolehi oleh PIC, PRC berazam untuk membalas dendam atas pembunuhan Al-Foul, dan mengatakan, “Tindakan balas sama akan berlaku kepada jenayah itu”.

“Askar-askar rejim Zionis tidak akan mengecapi keamanan yang sempurna sekiranya mereka tinggal di Gaza”, tambah kenyataan PRC .

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.