Gaza : Operasi Bedah Terpaksa Dihentikan ?


Isnin, 21/01/08 –Pihak hospital di Gaza pada Ahad lepas mengumumkan
akan memberhentikan operasi pembedahan dan memberi amaran akan ancaman kesihatan yang teruk sekiranya bekalan elektrik di Gaza terus putus.

Kamal Abu Mousa, pengurus perhubungan awam hospital berkata, pihak pengurusan hospital akan bertindak memberhentikan operasi pembedahan sehingga situasi kembali normal.

Pihak berkuasa Gaza berkata bekalan hampir lumpuh pada Ahad lepas kerana rejim Zionis
telah menganggu bekalan minyak. Kenan Obaid, pengerusi pihak berkuasa memberitahu
pihak media iaitu gangguan elektrik bermakna 70% kawasan bandar Gaza akan terbabit manakala
50% melibatkan seluruh Gaza.

Obaid memberi amaran kekurangan bekalan elektrik akan membawa kepada bencana manusia kerana
bekalan tidak dapat disalurkan kepada hospital , klinik dan loji.

Beliau merayu kepada komuniti dunia , negara Arab, Bulan Sabit Merah, UNRWA, UN, EU dan seluruh organisasi antarabangsa agar campur tangan agar bekalan elektrik dapat dipulihkan semula.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.