Haneya Selamat dari Cubaan Bunuh!


Selasa, 22/01/08 –

Saed Seyam, Mantan Menteri Dalam Negeri Palestin, mengeluarkan kenyataan tentang kejayaan pihak keselamatan di Semenanjung Gaza menangkap seorang pengebom berani mati yang merancang meledakkan dirinya di samping PM Ismail Haneya ketika melaksanakan solat Jumaat (18/1) di sebuah masjid di Gaza.

Seyam menayangkan rakaman video pengebom berani mati tersebut yang berjaya ditangkap sebelum melaksanakan aksinya, sewaktu menyampaikan ucapan. Video itu akan ditayangkan oleh TV Palestine milik pimpinan Pihak Autoriti Palestin (AP) dan
gerakan Fatah.

Saed Seyam, yang memegang jawatan sebagai ketua Fraksi Hamas di parlimen Palestin, dalam keterangan akhbar, Sabtu (19/1) di rumahnya, menegaskan bahawa pengebom berani mati tersebut menerima panggilan telefon dari para pemimpin AP di Ramallah,
terutama dari Teb Abdurrahim, yang berjanji akan menjaga dan melindungi rumah pengebom berani mati tersebut. Beliau juga berjanji kepada pengebom berani mati tersebut untuk menyelenggarakan majlis mengingati kematiannya secara besar-besaran
ketika para pemimpin AP dan Fatah dapat kembali ke Gaza.

Seyam, menyebutkan tentang rancangan jahat baru dari pihak kumpulan kudeta Fatah untuk membunuh Haneya. Mereka yang bertanggungjawab terhadap rancangan pembunuhan itu adalah Ahmad Mansur yang berada di Mesir, Dhofir Mahmud Muhammad Abu Madzkur (33) di Ramallah dan beberapa nama lainnya yang termasuk dalam senarai daftar pencarian orang di Gaza.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.