Fatah Melakukan Jenayah Kepada Rakyat Palestin ?


Selasa, 22/01/08 –

Pergerakan Hamas telah mengganggap rancangan-rancangan jenayah yang didedahkan oleh bekas menteri dalam negeri Sa’eed Siyam termasuk satu komplot untuk membunuh Ismail Haneyya, mengebom satu jamuan untuk para jemaah Gaza dan menculik anggota polis dan pejuang-pejuang Qassam sebagai mencerminkan trend sifat buas dalam kumpulan Fatah. Dalam satu kenyataan eksklusif kepada PIC, Dr. Sami Abu Zuhri selaku jurucakap Hamas menyatakan kumpulan itu “telah menjual diri mereka kepada syaitan” dan Israel hanya untuk kepentingan dunia dan menunjukkan web konspirasi ini membuktikan peranan trend tersebut berikutan pengeboman yang telah berlaku Jun lalu.

Dr. Abu Zuhri dipegang Tayeb Abdul Rahim, setiausaha agung kepada kepimpinan PA bertanggungjawab sepenuhnya atas cubaan jenayah-jenayah ini serta implikasinya dan menuduhnya bekerjasama dengan Israel dan pentadbiran Amerika. Jurucakap itu juga meminta lelaki bijaksana dalam kumpulan Fatah untuk mengisytiharkan pendirian mereka terhadap kumpulan jenayah ini yang mahukan Fatah dan Hamas berada dalam konflik yang berlarutan seterusnya berkhidmat untuk kepentingan pendudukan Israel.

Dalam konteks yang sama, Briged Salahuddin, sayap bersenjata Barisan Pembebasan Popular Palestin menyatakan hukuman yang keras terhadap rancangan kejam yang didedahkan oleh bekas menteri dalam negeri ini dan menggambarkannya sebagai rancangan “syaitan”. Dalam pada itu, MP Jamal Al-Khudari, ketua jawatankuasa Barisan Pembebasan Popular Palestin meminta semua pihak mengambil peluang untuk kembali ke meja rundingan bagi mencegah Israel menyerang penduduk Palestin setiap hari.

Dalam satu kenyataan akhbar yang diterima PIC, Khudari menggariskan bahawa pencapaian terbaik perpaduan dalam negara adalah tindakbalas retorik akibat kekejaman Israel serta paling pendek dan merupakan cara yang paling berjaya dalam menghadapi pencerobohan Israel dan mengukuhkan ketabahan penduduk Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.