Ledakan di Beirut Munculkan Solidariti Rakyat dan Faksi Palestin

Isnin , 10-08-2020 –  Pasca insiden letupan Pelabuhan Beirut,Selasa (5/8) terjadi gelombang solidariti dan simpati spontan dari semua warga Palestin sama ada yang ada di dalam dan luar negeri. Warga Palestin menukar status di media sosial gambar peribadi kepada gambar bendera Lebanon dan ramai mengirimkan solidariti dan seruan sokongan akibat bencana yang luar biasa dahsyat.

Majoriti hantaran (posting) di media sosial tentang solidariti warga menegaskan bahawa Palestin dan Lebanon memiliki satu hati, satu luka dan satu nasib.

Kelmarin, ibukota Lebanon, Beirut terjadi ledakan besar yang dahsyat menggoncang kota tersebut, menyebabkan ratusan meninggal dunia dan ribuan orang tercedera. Banyak bangunan rosak teruk, kerosakan hartabenda yang besar, di kota pantai Beirut yang ketika ini berubah menjadi daerah yang dilanda bencana akibat ledakan yang masih disiasat punca sebenar.

Majoriti kumpulan-kumpulan Palestin menyatakan solidariti mereka terhadap Lebanon, sama ada rakyat mahupun pemerintah. Hamas menyampaikan belasungkawa yang tulus kepada mangsa ledakan.

Dalam kaitan ini, Hamas menyatakan solidaritinya terhadap Lebanon yang menghadapi keadaan sukar dengan segenap kemampuan di semua bidang.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman