Israel rancang untuk meluaskan penempatan dan memisahkan kawasan Palestin di Baitulmuqaddis

Selasa , 11-08-2020 –  Satu laporan Palestin pada Sabtu memberi amaran tentang rancangan Israel untuk membina 1,000 unit penempatan pendatang di atas tanah yang dirampas dari perkampungan at-Tur, Anata, Eizariya dan Abu Dis di kawasan yang dikenali sebagai “E1” di timur Baitulmuqaddis.

Rancangan itu bertujuan meluaskan sempadan Baitulmuqaddis yang dijajah sebagai sebahagian projek Israel yang digelar “greater Jerusalem” serta ingin merampas sebahagian besar tanah Palestin.

Laporan itu yang dikeluarkan oleh Biro Perlindungan Tanah Kebangsaan (sekutu Pertubuhan Pembebasan Palestin, PLO) berkata, jika projek itu dilaksanakan, ia akan memenuhi sepenuhnya kawasan timur Baitulmuqaddis, sekitar Anata, at-Tur dan Hizma dengan unit pendatang dan menghalang kemungkinan sebarang peluasan bandar di Palestin pada masa akan datang.

sumber : http://english.palinfo.com 
penterjemah : nur idawati