Hamas gesa penduduk Baitulmaqdis dan Tebing Barat bangkit lawan penjajahan rejim Israel.

Jumaat , 14-08-2020 –  Pertubuhan Pergerakan Islam Hamas meminta penduduk Baitulmaqdis dan Tebing Barat bangkit mempertahankan Masjidil Aqsa dan meningkatkan lagi perjuangan menentang rancangan rejim penjajah Israel yang mahu menguasai tanah air mereka.

Melalui satu kenyataan medianya, jurucakap Hamas, Abdul Latif al-Qanu menyebut bahawa rejim Israel sedang menceroboh Baitulmaqdis dengan ganas di mana pendatang haram Yahudi setiap hari memasuki masjid Aqsa dan baru-baru ini mereka merancang membina 1,000 unit rumah di kota itu “yang sebenarnya  menjadi satu bentuk ancaman kepada masjid Aqsa dan penduduk Baitulmaqdis.”

Jurucakap itu lagi memberi amaran wujudnya kempen terancang pihak rejim bertujuan untuk menghapuskan kedudukan warga Baitulmaqdis dan menafikan hak ke atas tanah serta tempat tinggal dengan menjadikan kota itu sebagai kota suci orang Yahudi dan secara paksa mahu menguasai sepenuhnya Masjidil Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin