HAMAS: Perjanjian Lama dikekalkan


Isnin, 28/1/08 – GAZA, (PIC)– Pergerakan Hamas pada Ahad lalu menegaskan bahawa perjanjian lama mengenai laluan sempadan yang mendapat jaminan kawalan daripada Eropah dan Israel di terminal Rafah telahpun berlalu dan tidak boleh dikembalikan lagi.

Sami Dr. Abu Zuhri selaku jurucakap Hamas berkata dalam satu siaran akhbar yang pergerakannya tidak mahu sebarang cubaan untuk memulihkan perjanjian terminal Rafah dan akan memastikan kepimpinan PA cuba membawa isu ke arah ini.Perjanjian itu merupakan sejarah dan penduduk Palestin tidak perlu kembali ke masa lalu dalam menghadapi isu ini, beliau huraikan.

Sepatutnya wujud laluan sempadan Mesir-Palestin berdasarkan aturan terbaru, jelas Abu Zuhri sambil menambah langkah-langkah baru itu boleh dicapai melalui satu perjanjian tiga pihak melibatkan Hamas, Fatah dan Kaherah atau hanya melibatkan dua pihak iaitu Hamas dan Kaherah.Jurucakap menggariskan yang Hamas tidak akan menerima apa-apa selain daripada aturan itu.

Perdana Menteri kerajaan sementara, Ismail Haneyya pula berkata dalam nada yang serupa pada Ahad lalau dalam satu siaran akhbar melalui jurucakapnya, Taher Al-Nunu.Beliau berkata, perjanjian Rafah lalu telah tamat tempoh dan menyatakan ia tidak lagi sah.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.